Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petola I

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika kutahu buah kuini, Tidak kubeli sayur petola; Jika kutahu jadi begini, Tidakku buat dari semula.Pantun Melayu SarawakNasib
Sejak betik mulai layu, Diganti orang dengan petola; Sejak adik memakai gincu, Hati abang kian menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas