Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.tu] | ڤياتو

Definisi : 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak­-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak­-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mem­punyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.tu] | ڤياتو

Definisi : 1 = yatim ~ ibu dan bapanya sudah meninggal: anak ~ anak yg telah kematian ibu dan bapanya. 2 tidak mempunyai saudara-mara; dagang ~ orang dagang yg tidak bersaudara-mara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piatu

Puisi
 

Mengail di Jongok Batu,
     Patah dulang hampir menghilang;
Laksana dagang piatu,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Mengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cukup sudah orang beramu, Hingga petang barulah sudah; Hidup susah dagang piatu, Di manakan abang mahu menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cabiklah kain terkena paku, Malu dijahit tidak berbenang; Hidupku miskin dagan piatu, Di manakan dapat bersama abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daun pandan mati layu, Boleh ganti bunga kelapa; Abang kata yatim piatu, Boleh cari ibu dan bapa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas