Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pindah\

Peribahasa

Orang pindah-pindahan,
     bertanam tak boleh dimakan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau pindah pergi ke kota, Kalau haji pergi ke Makkah, Kalau berjalan sampai-sampai; Kalau lidah beri berkata, Kalau kaki beri melangkah, Kalau tangan beri menggapai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sejak kera pindah ke tanjung, Anak lebah bersenang hati; Sejak kepala suka disanjung, Anak buah pun datang memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang ikan pindah ke hulu, Bila ke tasik dijala orang; Sayangnya tuan dada berbulu, Bila kutilik bagai siamang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tujuh langkah terbangnya nyamuk, Dihalau hujan pindah melayang; Sungguh gagah orang nan gemuk, Kalau berjalan rumah bergoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu di tepi sungai, Putiknya musnah dimakan musang; Abang menunggu mati terkulai, Adiklah pindah ke tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas