Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan-mangkuk

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pinggan mangkuk berisi bilis, Baru disimpan pecah bertabur; Badan bongkok berbini gadis, Baru sebulanlah masuk kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jalan Merpati bengkang bengkok, Cantik rumah tukang pandai; Jangan seperti pinggan mangkuk, Terantuk sedikit pecah berkecai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tuan belayar menyusur bulan, Mangkuk pecah pinggan teringin; Adik kacak macamlah bulan, Saya di kampung haram tak ingin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang betik buah berulat, Hendak dimakan baunya busuk; Kupandang adik bermuka bulat, Bagaikan pinggan menutup mangkukKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari laut pergi ke darat, Jalan lecah masuk ke lumpur; Laki pencarut bini pengumpat, Pinggan pecah mangkuk bertabur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas