Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua belah ~nya; ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di antara pelipis dgn dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipi

Puisi
 

Satu tiga golongan di dahi,
     Bertambah pula sojen di pipi;
Kamilah tetap diam di sini,
     Kami tak dapat menahan pergi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dikerkah dia menampar pipi,
     dibakar dia melilit puntung.

Bermaksud :

Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah pipi tidak berbedak, Dibawa juga ke helat orang; Sudahlah bini tidak menampak, Dipaksa juga melihat wang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabur padi tepi perigi, Dibuat bedak menghalus pipi; Tidur lena samoai ke pagi, Rindu berkasih dalam mimpi.Pantun Melayu SarawakKasih
Yang bukit tinggi, Yang rendah rawa; Yang dicubit pipi, Yang merah muka. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air perigi nampak bening, Untuk minuman orang sekampung; Kupandang pipi yang putih kuning, Remuklah tulang pecahlah jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu tiga golongan di dahi, Bertambah pula sojen di pipi; Kamilah tetap diam di sini, Kami tak dapat menahan pergi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas