| Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pisau belati baru diasah, Untuk senjata menembuk dinding; Risau hati malu bertambah, Menengok janda duduk bersanding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |