Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |