Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan I

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Sudah puan kelapa Bali;
Sudah harap kepada tuan,
     Sudah tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Asap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beluru bermain angin, Jatuh sebiji di dalam puan; Surat sepucuk kami kirim, Kalau sudi bacalah puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga baju disangka tali, Malam tadi menyindir puan; Madu disangka manis sekali, Kalaulah manis terlajakmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Saad membeli pinang, Pinang dibeli Kampung Sena; Puan ingat saya kenang, Baru boleh kawan lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas