Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan.puan] | ڤوان  ٢

Definisi : sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan-puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang.Pantun Melayu SarawakNasib
Dayang Laila membuat puan, Puan dihias dengan permata; Adakah gila dirimu tuan, Makan berkuat air mata.Pantun Melayu SarawakKasih
Raden Inu memangku puan, Puan dipangku cincin suasa; Hatiku rindu kepada tuan, Hendak kupesan tiada siapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana kelapa puan, Dari puan kelapa Bali; Saya harap dengan mu tuan, Tidaklah tuan siapa lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan bertutu sekawan, dua sekawan, Joran kail patah, jangan dipatah; Jika begitu puan, katamu puan, Kecil tangan kutadah, nyiru kutadah.Pantun Melayu SarawakBergendang
Asap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga puan karangan terbaru, Puan berisi bunga melati; Tuan berada di langit biru, Saya memancing di sungai hati.Pantun Melayu SarawakKasih
12345678910...

Kembali ke atas