Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berpuas hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hujan rangkap Kuala Linggi,
     Tanamlah Lengkuas hutan seberang;
Saya berangkat dari sini,
     Hati puas telinga terang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(2)

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri.Pantun Melayu SarawakBudaya
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati,Pantun Melayu SarawakBudaya
Apa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Labu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas