Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas.puas] | ڤواس٢

Definisi : hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puas-puas

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)

411

The more you have, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Yang membantah tentulah panas, Panas benak panas bicaranya; Orang memerintah tentulah puas, Puas tekak puas seleranya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Puas mengaji balik ke ladang, Menengok padi dimakan burung; Puas menanti adik tak datang, Elok kupergi membawa untung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri.Pantun Melayu SarawakBudaya
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati.Pantun Melayu SarawakPerantau
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas