Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ja.an] | ڤوجاءن

Definisi : 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ja.an] | ڤوجاءن

Definisi : sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujaan


Pantun

PantunSumberTema
Tanam padi sesuku tanah, Supaya beranak bini; Dalam hati aku bersumpah, Kanda seorang pujaan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tupai berlari di dahan kayu, Hari petang baru berhenti; Sampai mati menahan rindu, Adik seorang pujaan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas