| Mengapa pula memasang jerat, Kerana hendak menangkap kijang; Mengapa banyak orang mengumpat, Kerana banyak cakap menyimpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Banyak pula isi sikatnya Elok bersusun setandan penuh; Banyak pula kaji tersiratnya, Untuk penonton hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau sudah mencuci kain, Jangan pula terkena lumpur; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan pula berasa takbur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Besar rumah besar tingkapnya, Besar pula pintu dibuat; Besar kepala besar cakapnya, Besar pula malu yang dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |