Pulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Arak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayam balik bulunya bali, Kayu meranti buat penolak; Tuan balik bila nak ke mari, Kalau tak mati berjumpa pulak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |