Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.nai] | ڤوناي

Definisi : 1. sj burung spt merpati (kecil sedikit dan hijau); 2. bp kemaluan lelaki; ~ bakau sj burung punai, Treron f. fulvicollis; ~ berkok lengguak = ~ lengguak sj burung punai, Butretron capellei magnirostris; ~ bukit sj burung punai, Sphenurus robinsini; ~ daun = ~ ara = ~ kericau sj burung punai, Treron c. curvirostra; ~ gading = ~ jambu sj burung punai, Ptilinopus jambu; ~ gunung sj burung punai, Sphnurus s. seimundi; ~ kocok sj burung punai, Treron vernans griseicapina; ~ lembu terkukur api, Macropygia ruficeps malayana; ~ siul sj burung punai, Treron o. olax; ~ tanah = ~ dekut sj burung punai, Chalcophaps i. indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nai] | ڤوناي

Definisi : ; 1. dawai (kawat) mata ~ sj jaring yg dibuat drpd dawai kecil (utk reban ayam dll); 2. kain mata ~ sj kain jarang (utk membuat kelambu); 3. mata ~ sj anyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nai] | ڤوناي

Definisi : ; ~ bintang sj tumbuhan (pokok renek), Polyalthia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nai] | ڤوناي

Definisi : beberapa jenis burung yg rupanya seakan-akan tekukur. ~ bakau Treron f. fulvicollis. ~ bukit Treron s. sphenura. ~ daun Treron c. curvirostra. ~ dekut (tanah) Chalcophaps i. indica. ~ gading (jambu) Ptilinopus jambu. ~ gunung Treron s. seimundi. ~ siul Treron o. olax. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punai

Puisi
 

Anak punai anak merbah,
     Pandai ia membuat sarang;
Anak sungai lagi berubah,
     Ini pula hati orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Burung punai terbang melayang, Turun ke sawah makan padi; Sana kasih sini sayang, Di mana tempat letak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung punai terbang ke hulu, Berkawan melayang ke kuala; Tak dapat dikenang zaman dulu, Bila dikenang hatiku gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana punai melayang, Dari sawah memotong padi; Bagaimana berkasih sayang, Dari mata sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Terbang bertiga anak helang; Tuan sayang lagi berubah, Kononlah pula di hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Terbang bersama membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna panggang belibis, Panggang punai atas atap; Apa guna tubuh panjang nipis, Rendahmu ni sedap didakap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas