Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungguk I

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti pungguk merindukan bulan.

Bermaksud :

Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Terang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Si pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Helang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Burung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas