Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ri] | ڤوري

Definisi : 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dr atas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ri] | ڤوري

Definisi : perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buah­buahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ri] | ڤوري

Definisi : 1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puri

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Apa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putus benang kain berinda, Meneruskan ke Padang Puri; Putus gendangnya dipukul cinta, Nyawa terikut badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kekalkan Mas Merah dari Seberang, Singgah sebentar ke Tanjung Puri; Buah hati kekasih orang, Rindu kutanggung seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas