Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tat] | ڤوتت

Definisi : sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok), Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~ hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun, Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, Gnetum tenuifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putat

Puisi
 

Pucuk putat di hujung kayu,
     Pucuk pauh baru nak kembang;
Duduk dekat berhati malu,
     Duduk jauh berhati bimbang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Apa tanda batang putat, Batang putat bersegi buahnya; Apa tandanya orang beradat, Orang beradat tinggi maruahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah delima, Buah saga berwarna merah; Tuah adat tuah bersama, Tuah menjaga nama dan maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah kemiri, Buah terung berwarna ungu; Tuah adat tuah senegeri, Tuah pelindung aib dan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pucuk putat di hujung kayu, Pucuk pauh baru nak kembang; Duduk dekat berhati malu, Duduk jauh berhati bimbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila mencari buah putat, Pucuknya dapat dibuat ulam; Apabila sekali lidah tersesat, Kutuk dapat umat mendendam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas