Apabila mata sudah rabun, Dibawa lari masuk pelubang; Apabila bicara lidah beracun, Ke mana pergi dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke kebun, Nampak manggis tertawa-tawa; Awak dah tua mata pun rabun, Nampak gadis tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |