Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Jaras dikatakan raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Disimpan dalam raga meranti, Buat bekal mudik ke hulu; Dimaki orang sampai ke mati, Anak cucu menanggung malu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau ada cempedak di pintu, Cempedak di raga jangan dedahkan; Kalau ada kata begitu, Jiwa dan raga hamba serahkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berdedai bersepak raga, Dari pagi sentak ke petang; Abang bagaikan anak tangga, Setiap hari dipijak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pecah-pecah sepak raga, Tentang sepak kusepak juga; Tujuh bilah keris di dada, Tentang kulekuk kulekuk juga.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Dua tiga kusepak raga, Datang sepak kusepak juga; Dua tiga keris di dada, Datang lekuk kulekuk juga.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua ngada-ngada, Orang muda lebihlah lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345

Kembali ke atas