Jika menyukat tidak pa, Ramailah orang menjadi ragu; Jika adat tidak dipakai, Perangai sumbang hati berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa malu mencari kembang, Kembang melati banyak berbunga; Mengapa ragu menanti abang, Abang pergi tidakkan lama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cucu suka Anding, Cucu hafal lagu; Doa itu pendiding, Tidak rasa ragu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Zaman kini zamannya ilmu, Umat terbilang kerana ilmunya; Dengan laki janganlah ragu, Lambat pulang tarik seluarnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Supaya mandi tidak terlanjang, Bawalah selalu kain basahan; Supaya hati tak tercabang, Terasa ragu jangan pedulikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |