Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahmat:


Pantun

PantunSumberTema
Mahathir, Najib dan Datuk Rahmat, Duduk semeja mengatur acara; Hadir sekelian penuh semangat, Pokok bicara makmurkan Negara,Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat, Kembang melur kuntum melati; Minta alamat syukur selamat, Di dalam telur lagi nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala.Pantun Melayu SarawakAgama
Mamat berlari di atas bukit, Atas bukit bunga kenanga; Rahmat Allah bukan sedikit, Dalam pahit ada manisnya.Pantun Melayu SarawakAgama
Orang beradat mensyukuri nikmat, Rezekinya tidak dimakan sendiri; Membuang adat menjauhlah rahmat, Dirinya rosak Tuhan kan benci.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sampan jangan lama bertambat, Bila lama tak ada manfaatnya; Makan jangan lupakan rahmat, Bila lupa tak ada berkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kerja berjaja labu, Tentulah dapat pula menyayur; Apabila setia menjaga ibu, Tentulah rahmat Allah mengucur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas