Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana kera hendak berbaju, Banyaklah kijang memberi batik; Kerana rajanya tidak bermalu, Banyaklah orang menjadi fasiq. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |