Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin.ra.jin] | ٢ راجين

Definisi : dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rajin-rajin

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Sejak beruk rajin berdoa, Gagak pun rajin memakai kain; Sejak datuk kahwin muda, Banyaklah datin terburai kain.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengapa orang rajin berkayuh, Supaya segera tiba di seberang; Mengapa bintang semakin jauh, Putihlah mata hamba memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup berkain baju, Mudahlah masuk ke helat orang; Kalaulah hidup rajin membantu, Di mana pun duduk sahabat datang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas