Bukan rakit sebarang rakit, Rakit kayu berlantai buluh; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit merindu adik yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit dibuat orang peladang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit mengingat abang di seberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit terapung di tengah sungai; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit menanggung kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit berisi tampuk pinang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit kayu beratap kajang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit rindu mengingat abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit penghulu bergalah buluh; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merindu orang yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit kami menghulu-hulu; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit kami menanggung rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit raja semua berkawal; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit bercinta membawa ajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |