Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma] | راما

Definisi : Jw, sl ayah(anda), bapa. rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma] | راما

Definisi : ; rama-rama serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rama

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Cekur manis cemperai hidup, Hendak rama di punca kain; Kami tak tangis bercerai hidup, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina jambul tercacak, Mati dipanah Seri Rama; Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas