Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rama-rama (kata nama)
Bersinonim dengan kupu-kupu, iswara.,

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Rama-rama mati terendam, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah lama kasih kupendam, Adik berjalan pergi merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rama-rama terbang tinggi, Rupanya cantik aneka warna; Sudah lama abang menanti, Bilakah adik mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rama-rama terbang melayang, Penat hinggap di bunga melur; Sudah lama abang memandang, Niatku harap adik menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rama-rama terbang berdebu, Sudah berdebu berderai pula; Lama saya tidak bertemu, Sudah bertemu bercerai pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang kecil si rama-rama, Yang besar si ular-ular; Yang kecil disebut nama, Yang besar disebut gelar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas