[ra.mah] | رامه
Definisi : 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.mah] | رامه
Definisi : suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)