Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bai] | رمباي

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea motleyana; ~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan (pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj tumbuhan (pokok), mem­paung, Baccaurea lanceolata; c) = ~ pun­tianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporu­m radicans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bai] | رمباي

Definisi : 1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg ha­lus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa jenis pokok; rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu panjang-panjang (ayam dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bai] | رمباي

Definisi : sj ikan laut, Caranx armatus; ~ landih sj ikan laut, Alectis indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bai] | رمباي

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (buahnya beruntai), Baccaurea motteyana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambai

Puisi
 

Mudik ke hulu mengait rambai,
     Rambai mencarik lengan baju;
Saya tak rebut bunga setangkai,
     Bunga lain sedap bau.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Kalau ada mudah-mudahan, Ambillah saya dengan perlahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Jangan diusik burung di hutan, Burung di rumah mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas