Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (kha­bar, berita), berpanjang-panjangan (per­teng­kar­an, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, se­bahagian sfera atau satah; perambatan 1. perihal (proses atau perbuat­an) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerak­an gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rambat
Kata Terbitan : merambat,

Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Batang rambat berjela-jela, Apatah lagi batang keladi; Sedang terlambat bagaikan gila, Apatah lagi kahwin tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Merambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Merambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas