| Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Rambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Panjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Sisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |