Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal putih di tengah laut, Kapal hitam terlerat laju; Putih kuning mengirai rambut, Hitam manis menjahit baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |