Pak Dolah orang bersantun, Bersantun berbudi anak watan; Bismillah kumulakan pantun, Pantun bersulam bunga harapan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Changkul tanah dalam-dalam, Sebelum datang seorang kontraktor; Menteri mengarah siang malam, Menyelamat tujuh mangsa helikopter. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Sungai Lajim Kampung Patinggan, Sebelah darat Jalan Merpati; Hasil kampung diberi sokongan, Sumber pendapatan rakyat sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kalau tuan naik perahu, Jangan lupa bawa bekalan; Kapten Samsudin memberi tahu, Cuaca buruk Ba' Kalalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |