Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mu] | رامو

Definisi : ; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai (digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat; ~ rumah mencari kayu yg baik utk rumah; ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk mem­buat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): me­lain­kan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedap­kan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mu] | رامو

Definisi : ; meramu mencari bahan-bahan yg diperlukan utk dijadikan sesuatu: Pagi-pagi lagi, nenek itu pergi ~ akar-akar kayu utk dibuat ubat. ~ rumah mencari kayu yg diperlukan utk membuat rumah. ramuan bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramu
Kata Terbitan : meramu, ramuan,

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas