Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ranum:

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sayang cempedak ranum dipangkal, Batangnya pandak sudah pun lapuk; Kupinang anak belum berakal, Kupinang emaknyalah tua nyanyuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi seberang, Masak ranum di ujung tangkai; Apa diharap janjinya orang, Cincin pertunangan tidak dipakai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas