Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat.ra.pat] | راڤت٢

Definisi : dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rapat-rapat

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Rapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah.Pantun Melayu SarawakKasih
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok kain benangnya rapat, Bila rapat sopan dipakai; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat kehidupan damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas