Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata;

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Tebas rumput rata-rata, Serindit turun bersarang di lembah; Lepas tangan putih mata, Seribu tahun tidak berubah.Pantun Melayu SarawakBerkait
Anyam tikar daun pandan, Anyam bersilang rata-rata; Ayam tidur dalam reban, Musang berjaga bersengkang mata.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata.Pantun Melayu SarawakBerkait
Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalangKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas