Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) ro­tan dll, seraut, siraut; beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun); meraut meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raut
Kata Terbitan : meraut,

Puisi
 

Apa guna pisau raut,
     Raut rotan buat ampaian;
Tidak terkail ikan di laut,
     Walau umpan bersalut intan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan,
     bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam.Pantun Melayu SarawakAgama
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam.Pantun Melayu SarawakAgama
Raut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas