Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réban) ark; tereban terhempas (ter­banting, terpelanting) ke kiri atau ke kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang utk ayam (itik); merebankan; ~ ayam (itik) memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah); merebankan meruntuhkan: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang tempat mengurung ayam atau itik. merebankan memasukkan (ayam, itik) ke dlm reban; mengurung (ayam, itik) di dlm reban: ~ ayam (itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reban (kata nama)
Bersinonim dengan kandang, sangkar, sarang;,
Kata Terbitan : merebankan,

Puisi
 

Hari panas helang berbunyi,
     Ayam mengeram dalam reban;
Tikar berkerawang bantal bersuji,
     Hajat nak tidur berpangku lengan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kuini ditanam tumbuh renek, Tabur padi dalam reban; Ingatlah pesan datuk nenek, Takbur itu perangai syaitan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Hujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari panas helang berbunyi, Ayam mengeram dalam reban; Tikar berkerawang bantal bersuji, Hajat nak tidur berpangku lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak orang memagar rumah, Tenanglah ayam tidur di reban; Sejak kupandang mawar merah, Siang malam tak tentu makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anyam tikar daun pandan, Anyam bersilang rata-rata; Ayam tidur dalam reban, Musang berjaga bersengkang mata.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Gerak silat gerak pahlawan, Malam bulan dipagar bintang; Kera di hutan disusukan, Ayam di reban mati di kandang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Tanam padi tumbuh lalang, Pantai landai tumbuh bemban; Jangan jadi burung helang, Mengintai ayam dalam reban.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas