Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ba.na] | ربان

Definisi : sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit; berebana bermain rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar kelona, Smilax megacarpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : gendang yg hanya sebelah saja dipasangi kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebana

Puisi
 

Pukul rebab pukul rebana,
     Pukul lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab apa kerana,
     Minta tolong syariat nabi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Pukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Salleh membuat rebana, Ambil kayu dari bukit; Jika kekasih papa kedana, Bapa tak pandang barang sedikit.Pantun Melayu SarawakKasih
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Layong-layong bunyi rebana, Gelaga batu mana isinya; Jika tahu sindir bertanya, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Redup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pajak tanah di tepi gunung, Pukul rebana awan berarak; Sejak tadi tuan termenung, Cangkul di tangan tidak bergerak.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas