Sayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu Cina membawa rempah, Jalannya miring dipukul ombak; Rindu kan janda sudah menikah, Badan meranting kepala botak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa membeli rempah, Kalau belanga penuh berisi; Untuk apa kami bersumpah, Kalau cinta separuh hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa membeli rempah, Kalau kelapa tidak dikupas; Untuk apa kami bersumpah, Kalau cinta tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |