Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.mu/] | رموق

Definisi : = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali; meremukkan, meremuk-redamkan meng­­­­­­­­­­­­­­hancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya; keremukan perihal atau keadaan remuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.mu/] | رموق

Definisi : , = ~-redam hancur menjadi kecil-kecil; hancur luluh; hancur berkecai. meremukkan, meremuk-redamkan menjadikan remuk; menghancurkan; merosakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remuk (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, luluh, berkecai, bersepai, pecah-pecah, renyuk, ripuk, relai, rapun;,
Kata Terbitan : remuk-redam, meremukkan, meremuk-redamkan,

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Remuk redam kapal di tanjung, Habis pecah diamuk badak; Rindu dendam sama ditanggung, Hendak menangis bukan budak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak main keriku, Kaca remuk dalam puan; Kalau tidak jadi di situ, Hati remuk kerana tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siang malam orang menari, Sampai remuk rasanya badan; Kukenang puan dalam mimpi, Bagai pungguk merindu bulan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari teluk sampan berbaris, Menunggu pasang baru belayar; Hatiku remuk menahan tangis, Menunggu abang memberi khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Demang-demuk kapal di Tanjung, Nampak dari Pulau Jerjak; Remuk-redam badan menanggung, Hendak menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari teluk berjalan pulang, Naik ke rumah sudahlah senja; Hatiku remuk bukan kepalang, Adik tercinta sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana padi tidak merunduk Buah berisi bertambah berat; Bagaimana hati tidakkan remuk, Sumpah dan janji tiada diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas