Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renang I;

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sisiknya berlendir-lendir, Renang berenang tiada henti; Pantun kami sindir-menyindir, Kan bersenang-senang hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak orang berenang-renang, Sudah lupa berjalan darat; Banyak orang bersenang-senang, Sudah lupa jalan akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ikan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya saja terkenang-kenang, Abang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya sahaja terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Sahaja saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas