Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Telur itik baru menetas,
     Menetas atas peti;
Hari baik bulan di atas,
     Riuh rendah menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Tengah hari bawa berehat, Sudah makan bekerja lagi; Rendah hati tanda beribadat, Bertuah badan ke mana pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tengah hari baru berteduh, Supaya tidak deman panas; Rendah hati laku senonoh, Di mana tengak beralam luas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungguh susah mencari terubuk, Apatah lagi menggunakan jala; Sungguh rendah hati si bongkok, Ke mana pergi menundukkan kepala.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa tanda kacang memanjat, Dari tanah terus ke pucuk; Apa tanda orang beradat, Hati rendah laku pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi batunya rendah; Hajat hati kepadanya tuan, Langit yang tinggi menjadi rendah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tumbuh padi tumbuhnya rendah, Patah dilanyak si anak Cina; Harap hati terlalu gundah, Mengenang tuan entah di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas