Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak, menengking, meng­ge­rantang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauh­nya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (men­ceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka mem­bina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka di­regangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. meng­hulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan meng­anjur­kan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentang
Kata Terbitan : merentangi, merentangkan, terentang, merentang-rentang,

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kami rentang tali jemuran, Sebab mengkuang bertali kain; Kami memandang cemburuan, Sebab abang mencari nan lain.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat mana yang kami rentang, Urat kayu tengah halaman; Adat mana yang kami bentang, Adat Melayu zaman-berzaman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak enggang di kayu tinggi, Banyak daun merentang-rentang; Anak dagang tak lama di sini, Sampai musim dia pulang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Surat mana yang kita bentang, Surat pusaka orang dahulu; Adat mana yang kita rentang, Adat lembaga orang Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas