Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retak-

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Retak pertujuh.

Bermaksud :

Hati yang sangat rindu.

 

Lihat selanjutnya...(11)

557

There’’s no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain orang lain pendapat.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain orang lain pendapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Rosak tiang kerana retak, Retak mudah membawa belah; Rosak orang kerana tamak, Tamak harta kerja menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak retak retaklah tangga, Tiang tidakkan mahu rebah; Hendak muak muaklah dinda, Abang tidak berpaling tadah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang pinggan retak seribu, Bila diisi nasinya tumpah; Sayangnya tuan ketiak berbau, Bila beristeri bininya muntah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kuali tidakkan retak, Ditimpa dulang jatuh ke lantai; Bagaimana hati tidakkan rosak, Baru bertunang sudah bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah batang buah kemiri, Retak sedahan menjadi layu; Biarpun abanglah lama pergi, Tidakkan lupa dari hatiku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas