Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata riau


Pantun

PantunSumberTema
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menyenduk gulai, Jangan kuahnya tumpah; Apabila duduk beramal, Jangan suka memfitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menyukat lada, Jangan sampai terbuang; Apabila mendapat laba, Jangan melupakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menyukat padi, Hitungnya jangan salah; Apabila mendapat rezeki, Bersyukur kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menengok pending, Jangan cepat dijamah; Apabila duduk berunding, Jauhkan sifat pemarah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila meratah salai, Ingat terkena tulang; Apabila di tengah balai, Ingatlah petuah orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menyenduk pengat, Jangan ada yang terbuang; Apabila duduk muafakat, Janganlah suka meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas