Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Sambil merokok makan sirih, Sepah ditaruh di atas riba; Kalau tak tunduk kena pengasih, Alamat sijundai akan tiba.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayun tajak buailah tajak, Tajak datang dari Jawa; Ayun budak buailah budak, Budak biasa tidur di riba.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas