Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindukan

Puisi
 

Abang sayang disuruh panggilkan,
     Suruh nyanyi kena suruh;
Seperti pungguk rindukan bulan,
     Disuruh jatuh tak akan jatuh.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Abang sayang disuruh panggilkan, Suruh nyanyi kena suruh; Seperti pungguk rindukan bulan, Disuruh jatuh tak akan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu kolek tidakkan karam; Bukan rindu sebarang rindu, Rindukan adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik sungguh mencari kurau, Bulunya cantik untuk hiasan; Adiklah jauh hatiku risau, Rindukan adik terlupa makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Membeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas