Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah buah batang terap, Dipepak ringan di api layu; Besarlah tuah orang berkurap, Penat tangan kaki bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kata adat kata bermakna, Buat kajian nyatalah betul; Kita seadat sama sebangsa, Berat ringan sama dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas